Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni asyik menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?".
"Oh.. cara aku mati dulu teruk. Aku mati dalam peti ais.. sejuk!!" jawab hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo.. kesian.. Aku dulu mati sebab sakit jantung," kata hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak pergi buat pembedahan? Kalau tak, mesti kau tengah lepak-lepak ngan keluarga kau sekarang," balas hantu B.
"Dah, aku dah buat dah! Pada masa aku mati tu, aku 'in recovery'. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.
"Ceritalah sikit.. Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. 'So this one day', aku ingat nak perangkap la isteri aku.. Aku pura-pura pergi kerja tapi 'actually' aku park kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat 'car park' rumah aku. Aku 'rilex' dulu sebab nak cari masa yang sesuai untuk tangkap diorang," kata hantu A.
"'So', kau dapatlah tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut lelaki kat pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak cari jantan tuh. Habis swmua bilik aku carik tapi takde pun. 'Last-last', sebab aku penat sangat berlari cari jantan tu, aku pun jatuh pengsan sebab 'heart attack'. Aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita hantu A. Selepas beberapa ketika, hantu B berkata,
"Kenapa kau tak 'check' kat dalam peti sejuk? Kalau kau 'check' kat situ, mesti kita berdua masih hidup lagi.
Alkisah..
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.
Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"
Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh! !Dia orang salah eja nama aku!"
Ali dan abu pandang sesama sendiri.
AHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!antuu!!!!!!!!!!!!
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi. "ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje... .
"ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu... ",tapi... .nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam". "ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie... lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang
kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7
tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah
jambatan.
Vrooommm... ... bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie... kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye... ... ... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'
Emak kepada Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper.... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~"
Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti.... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."
Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."
Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"
ATM: lelaki vs wanita
Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt
Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake.