THE JOURNEY OF ZALPUTRAZ

KOLEKSI DESIGN TAPEDIRI



GAMBAR PERASMIAN MYDIN MART NILAI

Sekarang aku bekerja di Malaysia Airport (Sepang) di Flight Operation Centre. Aku nak kongsi cerita ngan u all jodoh aku di Mydin. Sebelum Mydin aku kerja kt KJ Multimedia Bussiness Centre kt Banting sebagai Technician Computer. Lama gak la aku keje kt situ selama 2 tahun. Lepas tu (bekerja 2thn) majikan x bayar gaji aku selama 3 bulan so aku ambik keputusan untuk berhenti kerja. Ade sorang member aku kata ade kerja kosong kt MYDIN sebagai IT assistant. Aku x mengharap tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Dengan membekalkan RM2 aku isi minyak dan terus pergi ke MYDIN Mart Nilai. Mase tu ade 3 orang interview iaitu sorang tu ada kelayakan diploma dan sorang lagi ada kelayakan Ijazah. Aku je sorang yang ada Sijil Sains Komputer. Dalam fikiran "Sure mesti TAK dapat punya keje ni...ala rejeki masing-masing..". Selepas 2 orang di interview dan next giliran aku. Akak yang interview aku (Pn. Salimah-HR) selak2 sijil aku. Banyak gak die tanye aku terutama pengalaman bekerja. Lepas tu ade sorang mamak (Nama die Jabar) masuk bilik interview n selak aku punya sijil. Aku kt dalam tu dah macam banduan. Semua tanya macam-macam(hardware, software, server, sistem ahhh!!! TENSION!!). Tapi semua soalan aku leh jawab. Relax n cool... . Jawapannya mereka akan panggil/telefon "jika interview anda berjaya ". Dalam hati "Ah tak dapat kerja ni sure punya.."

Pengalaman seluar koyak

Selepas seminggu Mydin Mart Nilai telefon aku dan memberitahu interview kali kedua di MYDIN Subang. Adoyai kena g sana pulak. Keje punya pasal aku pergi gak ngan ayah aku. Mmm sesat tak jumpa jalan. Aku berhenti di stesen minyak pentronas(dah sampai subang) n kluar drpd kereta...n...KRAKKK!!!! koyak seluar celah kelengkang aku. ADOYAI....bising ayah aku time tu. Nak interview seluar koyak mcmane ni? Nak g beli mmg tak sempat. Aku cadang tukar seluar ngan ayahku. Ayahku tak setuju sebab tak saiz ngan pinggang aku. Dan akhirnya sampai jugak ke destinasi (MYDIN Subang (Gudang terbesar MYDIN)). Dengan selamba....

Aku pun masuk ke bilik interview dengan sopan santun. Duduk pun mcm perempuan. Nak buat mcmane...seluar koyak. Payah ni. Tapi yang peliknya aku sorang je yang interview IT Assistant. Mane yang lain? Tak mencabar langsung (Chewahh..). Dalam hati diaorang ni datang lambat sket kot (hehehe..). Orang interview aku tu tak banyak soalan.

MR. XXX : "Apa tu jumper?"

AKU : "JUMPER tu terletak kt belakang hardisk untuk primary dan secondary. Bukan tu saja, kt motherboard pun ada jumper untuk reset BIOS n bla..bla..bla.."

MR.XXX : "Oh u tahu semua psl komputer. I mmg confirm nak ambik u. So bila boleh bekerja?"

AKU : "Immediately tuan..."

Mane taknye satu soalan aku huraikan panjang lebar. So keputusannya mmg aku dapat bekerja di Mydin Mart Nilai. Huh seronok dan rasa puas hati walaupun seluar koyak membuatkn aku tak selesa. Nak tergelak pun ada. huhuhu....kenangan..kenangan..

Bekerja di Mydin Mart, Nilai

Dengan secara rasminya pembukaan Mydin Mart Nilai oleh Sir Malik di Stesen Terminal Pekan Nilai (berdekatan ngan komuter Nilai). Aku sertai sekali masa tu. Tugas aku just pantau mesin kaunter jika berlaku sebarang kerosakan(ADHOC). Ape2hal aku kenal kan gambar kt bawah ni Bos aku..

En. Nizam bin Kadir (Manager Mydin Mart Nilai)
BELILAH DENGAN HARGA BORONG!!..

Terima kasih jasanya terhadap aku. Banyak gak aku belajar dari dia ni. Ade satu email yang aku tak dpt lupakan..:

Kepada En. Nizam, salam kemaafan..

SUBJEK:MEMOHON MAAF ATAS KESILAPAN LALU

Seperti nama saya di atas, ingin memohon maaf atas
kesilapan saya yang lalu. Saya telah gagal mematuhi
arahan yang merangkumi segala aspek kerja dan juga
disiplin. Di sini, saya sedar, arahan manager amat
penting dan perlu peka, walaupun dibebani dengan kerja
lain. Keutamaan manager perlu dilakukan terlebih
dahulu bak kata orang putih "do..1st Priority to
success". Dengan ini, saya berjanji tidak akan
mengulangi perbuatan seperti yang sedia maklum. Saya
bersedia menerima segala teguran dengan hati yang
terbuka.

Saya harap En. Nizam menerima permohonan maaf saya
ini.

TERIMA KASIH,

IT RIZAL
MYDIN MART NILAI (MNL)
LUCRATIVE BASE SDN BHD

dan email kedua yang aku tak dapat lupakan...huhuhu..

Dear Rizal

Pls ensure you plan your task properly. Give priority to task that need to deliver urgently.
Some task:

1. Urgent & Important - need to do immediately, leave other task beside, do this first
2. Urgent but not important - to do after no. 1 completed. This task u need to deliver in short of time period
3. Important but not urgent - u can take time to complete this, eg. given timeline 1 week to finish it
Hence, pls do y
our task according to priority 1, 2 then 3.

Regards
Nizam

MEJA UNTUK IT ASSISTANT MYDIN MART MNL

Sejak daripada ni, aku kerja ikut priority. Ape yang bos suruh buat aku utamakan terlebih dahulu walaupun aku ada kerja lain. En. Nizam banyak mengajar aku erti disiplin dan keutamaan kerja. Masa tu dalam hati aku.."MYDIN DAN SELAMANYA...."

Alkisah jodoh...

NOOR LIYANA BINTI MUSA (ISTERIKU)-KANAN

Setelah 1 tahun bekerja di MYDIN. Aku diarahkan memantau Customer Service dan Meriah Card. Pening gak diaorg ni suruh ikut arahan terutama failling(meriah card). Pada suatu hari tu komputer kt bilik HR rosak. Dalam masa yang sama ramai plak yang interview sebagai sales assistant ngan customer service. Sambil godek2 komputer aku jengah-jengah gak mereka yang interview. Next untuk customer service plak aku terpandang gadis comel lotte. Yang lain semua aku tengok interview ada tangan kt atas meja lah...garu-garulah...kuku panjanglh...rambut panjanglh..mcm2 lagilah. Aku jeling-jeling gadis ni...mmm..bagus cara die. semua ikut peraturan temuduga. Just baju je pakai T-Shirt(warna oren klu x silap). Dan Akhirnya....

Akhirnya aku ushar-ushar die kt customer service. Aku betol2 minat kt die ni. Asal selisih ngan die mesti jantung aku berdebar. Entah ler. Waktu tu mmg aku tgh mencari pengganti utk aweks lama. Apakan daya aweks lama (dah couple 3 thn) dah lama aku sabar untuk clash. Aku cuba dapatkan liyana ni. Last skali aku dpt gak keluar makan tengahari ngan die ni..YESS!! YESS!!!
Sempat gak aku bagi sekeping kertas (aku print) .."TANPA KEBERANIAN CINTA TIDAK BERMAKNA..TERPULANG PADA DIRI UNTUK MENERIMA.." huh gentle tak gentle aku nih. Tapi mase sembang-sembang kt kedai makan die kate dah ada pakwe. Adoyaii...terlepas aku. Aku pun kate dah ade makwe. Masing-masing dah ada pasangan rupenye. Apa bleh buat...hmmm...

Balik keje mlm tu aku cuba dapatkn nombor phone die. Sekali aku mintak..4 nombor phone die bagi aku (no phone abah, mak, phone umah dan nombor handphone die). Wahh dlm fikiran aku ade peluang baik nak ngurat die ni. Aku try telephone keesokkan mlmnya. Confirm mmg die suka kt aku. Tapi berbelah bahagi. Aku cuba buat appointment g pantai Port Dickson untuk bincangkan perkara ni. Di pendekkan cerita akhirnya die setuju (tp belum bg kata putus..ari jumaat ni die akan bagi kata putus) ....KAWIN YAHOOO!!..

Keesokkan harinya selepas makan tengahari...aku terhantar message kt ayah liyana dan messagenya berbunyi begini... : "Askum pakcik..saya ikhlas minat kt anak pakcik. Kalau boleh nak minang anak pakcik." . Adoyai..berani melampau aku nih. Dah anta..n aku nak tarik balik message tu dah x boleh. Dalam fikiran betol ke aku buat ni dan apa aku boleh buat.. tunggu je lah respone ayah die. X balas-balas pun. Mmm..risau aku dibuatnye. Rupenye, Liyana blik drpd kerja terus disoal oleh ngan mak die.

Mak : "Siapa nama rizal hantar message kat abah ni? "

Liyana : "Mane mak. Biar along baca."

Lepas dah baca...

Liyana : "Haa!! Besok along jumpa abg rizal..eiiii"

Besoknya die tanye aku psl message yang aku hantar. Aku kate dah terhantar nak buat mcmane. Nak tarikh balik dah terlambat. Bukan mcm pos laju boleh batalkan penghantaran. Pos udara n siung......laju je (hehehe). So dengar jelh die berleter. Maklumlah tengah bercinta..masuk tinga kiri kuar tinga kanan..

Gambar masih lagi keje kat MYDIN. Kurus time nih..huhuhu

YANA CUTE !...


AKU NGAN YANA..BERSAMA SELAMANYA..

Sudah pun masuk hari jumaat. Aku tunggu gak kata putus die nih. Mase tu tgh siap2 pergi sembahyang jumaat. Bila aku kuar drpd mydin, aku selisih ngan die. Katanya "KUMPUL DUIT BANYAK-BANYAK". Aku punya suka x terkata. Tiba-tiba Kak Sal (HR) sergah aku. Malu kitaorang dibuatnya. Aku pergi sembahyang jumaat pun tak khusyuk. Terngiang-nginag suara liyana. Bila solat senyummmm je... ape buang tebiat ke aku nih? huhuhu...



Gambar Koleksi di Mydin Mart, Nilai


Adzim (kanan) sebagai Maintenance


Control Macho la tu...huhuhu..


Nazri (Customer Service) die ni lembut skt orgnya..auww!!


Semua bebudak Inventory batch aku. Sekarang semua dah tarak. Masing-masing dapat keje gomen dan ada gak dpt tawaran keje swasta..



Puas aku hias ngan adzim nak susun barang untuk valentine day..


Promosi Meriah Card (collect point)


Udin (Security) aku suka kawan ngan die ni sbb die ni lurus bendol..


Last skali tikus tersepit kt toner...


Untuk hiburan sahaja. Letakkan mouse saja dan "Click".

..

Google Search

Berapa kali blog ini dibuka..