Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni asyik menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?".
"Oh.. cara aku mati dulu teruk. Aku mati dalam peti ais.. sejuk!!" jawab hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo.. kesian.. Aku dulu mati sebab sakit jantung," kata hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak pergi buat pembedahan? Kalau tak, mesti kau tengah lepak-lepak ngan keluarga kau sekarang," balas hantu B.
"Dah, aku dah buat dah! Pada masa aku mati tu, aku 'in recovery'. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.
"Ceritalah sikit.. Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. 'So this one day', aku ingat nak perangkap la isteri aku.. Aku pura-pura pergi kerja tapi 'actually' aku park kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat 'car park' rumah aku. Aku 'rilex' dulu sebab nak cari masa yang sesuai untuk tangkap diorang," kata hantu A.
"'So', kau dapatlah tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut lelaki kat pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak cari jantan tuh. Habis swmua bilik aku carik tapi takde pun. 'Last-last', sebab aku penat sangat berlari cari jantan tu, aku pun jatuh pengsan sebab 'heart attack'. Aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita hantu A. Selepas beberapa ketika, hantu B berkata,
"Kenapa kau tak 'check' kat dalam peti sejuk? Kalau kau 'check' kat situ, mesti kita berdua masih hidup lagi.
Posted by
ZAL PUTRAZ
0 comments:
Post a Comment