THE JOURNEY OF ZALPUTRAZ

KOLEKSI DESIGN TAPEDIRI


Dah lama kiteorg aim rumah ni. Akhirnya kesampaian jgk shoot rumah ni. hehhe

Rumah api-api di Tanjung Tuan, Port Dickson.

Sebelum ke port dickson, kiteorg shoot pekan nilai ni dulu.

Sepetang di Port Dickson..

Gambar sebelum blik dr Port Dickson ke Nilai..Tajuk gambo ni "Good Boy.."



Sikap negatif – 11 petanda dominan

Anda orang yang ada sikap negatif apabila Anda…

  • suka memaki-maki
  • memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya
  • cepat bersangka buruk
  • belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan
  • memandang rendah
  • hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati
  • panas baran, cepat naik marah
  • suka berbohong dan mengada-adakan cerita
  • cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas
  • sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi
  • suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan

Jika Anda merasa Anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa Anda adalah orang bersikap negatif.


Sikap negatif – mengubah sikap negatif kepada sikap positif

Untuk kita merubah sikap kita kepada sikap positif, kita kena hampirkan diri dengan persekitaran positif, berkawan dengan orang-orang bersikap positif, bercakap hal-hal positif, berfikir tentang aspek-aspek positif, melihat kepada aspek positif.

Sika kita boleh diubah, yang penting kita ada kemahuan membara mahu berubah di dorong oleh keinginan mahu merubah hidup menjadi lebih bagus.

Ramai orang tersilap – perubahan yang dibuat oleh mereka hanya sementara kerana walaupun mereka mahu merubah sikap kepada sikap positif, mereka masih berkawan dengan orang-orang bersikap negatif, berkata hal-hal negatif, berfikir tentang hal-hal negatif, banyak melihat kepada aspek negatif dalam sesuatu perkara.

Kita sebenarnya yang membentuk diri kita sama ada bersikap positif atau bersikap negatif. Kekadang, kita membiarkan diri kita dikuasai sikap negatif tanpa kita menyedari.









This is a HDR created by Lensa Creative Studio for Promotion. More info at: www.lensacreative.weebly.com


Sekian lama pendrive ni terperuk kt laci komputer aku. Ade dlm setahun lebih. Alkisah pendrive ni rosak sbb aku transfer data dan cabut (unplug) serta merta. Nak cepat katakan. So kat situ aku jadikan pengajaran. Jangan unplug sesuka hati mase transfer. Maka, data ngan FAT32 dah corrupted. Bila pasang kat pc die kate No disk dan muncul Removable disk. Nak format pun kuar ayat yang sama. Rasa bengang pun ada. Apa boleh buat...simpan buat khazanah..



Dah setahun pendrive ni aku simpan. Dalam hati aku .."mesti boleh repair". Klu nak hantar warranty mesti diaorg tak layan. Klu you all nak tahu jgn percaya sangat dengan "Life warranty". Lainlh klu korang pg kilang transcend tu sendiri. So...aku renung punya renung pendrive ni (sampai juling) akhirnya datang jugak ilham. Mesti kt dalam internet ade forum pasal Pendrive model ni. So aku pun bukak macam-macam forum dan masalah teknikal. Ade yang suruh hantar warranty..ade yang suruh buang dan beli baru..dan ade syor kan download sekian dan sekian. Aku pun follow instruction yang diaorg bagi. Di pendekkan cerita, aku pun download software Recovery Tools drpd laman web transcend. Software tu nak open kne online. Klu x die x dpt receive program .exe tu. Akhirnya..pendrive aku berjaya di format. Die masukkan fail RAW yang baru. Jenuh aku format guna windows pun x berkesan. Rupenye perlu software transcend jugak. Gembira aku tak terkata. Boleh guna mcm biase. Klu nak transfer kne remain...no cabut2 k. huhuhuhu..

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni asyik menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?".

"Oh.. cara aku mati dulu teruk. Aku mati dalam peti ais.. sejuk!!" jawab hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo.. kesian.. Aku dulu mati sebab sakit jantung," kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak pergi buat pembedahan? Kalau tak, mesti kau tengah lepak-lepak ngan keluarga kau sekarang," balas hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! Pada masa aku mati tu, aku 'in recovery'. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.

"Ceritalah sikit.. Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. 'So this one day', aku ingat nak perangkap la isteri aku.. Aku pura-pura pergi kerja tapi 'actually' aku park kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat 'car park' rumah aku. Aku 'rilex' dulu sebab nak cari masa yang sesuai untuk tangkap diorang," kata hantu A.

"'So', kau dapatlah tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut lelaki kat pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak cari jantan tuh. Habis swmua bilik aku carik tapi takde pun. 'Last-last', sebab aku penat sangat berlari cari jantan tu, aku pun jatuh pengsan sebab 'heart attack'. Aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita hantu A. Selepas beberapa ketika, hantu B berkata,

"Kenapa kau tak 'check' kat dalam peti sejuk? Kalau kau 'check' kat situ, mesti kita berdua masih hidup lagi.

Alkisah..

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh! !Dia orang salah eja nama aku!"

Ali dan abu pandang sesama sendiri.

AHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!antuu!!!!!!!!!!!!

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi. "ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje... .

"ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu... ",tapi... .nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam". "ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie... lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang
kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7
tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah
jambatan.

Vrooommm... ... bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie... kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye... ... ... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Emak kepada Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper.... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~"

Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti.... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."

Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."

Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"

ATM: lelaki vs wanita


Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt

Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake.

Tersebut alkisah aku terdengar ada rumah nak dilelong kt area taman aku ni (desa anggerik). Kt mane? berape rege? no rumah? selesa ke? retak? anai2? semua2 tu perlu diambil kire. Sebenarnya bab2 rumah lelong ni ayah aku ni mmg hobi die. Asal ade rumah lelong je ayahku suruh beli. Duit mmg tgh x ada ni. Sediakan 10% dr harga rumah apetah lg. Rm8K? huh mengeluh aku mane nak cekau duit bbyk cmtu. Bagus katanya, murah dan berbaloi klu kne tempatnya. X rugi klu beli. Klu x dudukkn, bg orang sewa pun dah ckup bagus. Tp tulh org melayu kita, jgn jadi me"layu". X cuba xtau kan? blm ape2lg aku dah mengeluh psl duit.

So..aku merenung seketika. Mane nak cekau duit sampai RM9K? Kt sinilh kite perlu berbincang sesama suami isteri. Nak ke kite sewa rumah yg kita duduk ada skrg ni sampai 5thn? Yang untung tuan rumah, bkn kita. Psl umur plak makin lama makin meningkat. Bila umur meningkat pinjaman perumahan pun dah x dpt rege bln2 murah. Maka, kt sini aku dpt skt motivasi dan sokongan daripada ayah dan isteriku.

PINJAM DUIT

Terbukalh pintu hati aku utk cari rumah lelong ni. The latest kt kawasan area taman aku nih. Murah dlm RM84K je. Ape lg isteri aku call auction property ni nak confirmkn rumah tu. Mmg xde org lain just aku je org pertama bid rumah tu. Tp org tu dah bg tips, klu nak rumah tu kne tanggalkan poster lelong kt depan rumah tu. Klu x...ermm..ramailh yg nakkan rumah tu. Murah sape xnak kan. Tp aku berdegil...klu tarik poster ni mau agent2 ni x dpt carik makan. Bila masuk seminggu sblm lelong aku call skali lg auction property tu. Die kate ade org lain bid masuk ni total 2 orang lh katanya. Adoyai..xpe dua org je. Lepas tu aku hempas pulas korek harta karun kt rumah. Isteri aku plak pinjam kt kengkawan. Thks kepada semua yang membantu. Dptlh duit sebnyk RM9.5K. Alhamdulillah....yg penting aku ngan isteri berusaha..

BIDDING

Hari lelongan pun bermula. Aku, ayahku ngan isteriku menunggu kt luar bilik lelongan. Lelongan tu bertempat kt mahkamah seremban. Sempat lg aku g sarapan. Pada jam 11:00am lelongan pun bermula. Ramai x ramai ade la dlm 20 org nakkan rumah tu. Perhh! tekejut aku dibuatnye. Yang daftar 2 org tp yg dtg masyaallah..sampai 20 lebih orang. Ade sorang berbangsa cina berjumpa ngan aku. Die nak bincang psl rumah lelong tu. Aku dah tau dah teknik cina ni. Die tanye brape u bid rumah tu? Aku ckp bid cecah sampai RM140K. Saje kasik goyang. Hehehe..pdhal x sampai pun RM100K pun. Itulah teknik ulat2 yang mengacau kita dalam bilik lelongan. Ape yg nak dibincang pun aku pun xtaulh. Die kate nak rumah tu. Aku pun nak jugak rumah tu. Ape yangnak dibincangkan? Hmmm...

En. Nasir (Auction property) pun menyebut perjanjian antara pembeli ngan penjual dan harga rizab. Bila En. Nasir sebut sekali bid naik RM5K oleh timbalan pendaftar, semua pembeli dah mula bising (!#$@#$&*&*). Mahalnya. Jadi harga rumah td naik drpd RM84K kpd RM90K. Aku hanya mampu sampai RM95K je. Bila disebutkan RM105K aduh! ade pulok yang setuju angkat tangan. Terlepas..terlepas. Bila disebutkan RM110K tiada yang setuju maka dom! dom! tukul mahkamah berbunyi, bermakna dpt kt akak tu dgn harga RM105K sold!. Aku x berapa mengharap sgt sbb yg datang tu pun berpuluh org nakkan rumah tu. So aku tahu peluang mesti tipis. Ape boleh buat...tunggu next lelongan lh jwbnye.

Balik aku terasa gak tensionn. So aku ngan wife ape lg..."Kita makan puas2 nak?" isteri aku kata jomm!...so aku lepaskan tension makan ulam byk2. Kasik cerdik. Dlm hati..aku akan wat improvement dlm diri aku psl rumah lelong ni. Mungkin idea aku kali ni x berkesan. Aku rasa tercabar. Tp kate org xde rezeki. Ye aku tahu semua tu. Tp mungkin ada ilmu hartanah yang perlu dipelajari. Dan..ayat yang paling aku pantang "Nak buat mcmane...". Mudah mengalah. Ape2pun wat preparation psl rumah lelongan ni. Belajar..n ..belajar..aku tetap setia menunggu lelongan seterusnya pada awal thn 2010.

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.."



Habis satu lowyatt aku pusing semata-mata carik CM Haf932 ngan adik ipar aku nih. Ushar2 gak rege die semua mahal dalam RM500 keatas. Paling murah pun RM480. Si ricky pun ricky terjumpa satu kedai ni. Harga die pun berpatutan dalam RM445. Klu nak siap pasang CPU aku yang lama tu die ambik upah RM35 so total RM480. Ok la drpd aku membuang masa pasang kt rumah tp xleh support risau jgk. Baik aku pasang siap. Senang klu power supply x support aku leh beli 550watt terus.

Tips : ***Klu beli casing ni kne standby 2 orang.
Blh angkat sorang tp kne standby sorang urut pinggang.

Ni spec pc terbaru aku.

PROCESSOR : AMD X4 2.2GHZ
MAINBOARD : XFX 750a SLI Hybrid Power
RAM : 4GB COSSAIR
GRAPHIC CARD : SAPPHIRE HD 3870 512MB PCI-E
COOLER : 180W COOLER MASTER V8
POWER SUPPLY : COOLER MASTER EXTREME PLUS 460W
DVD : SAMSUNG DVD-RW
OTHER : USB ALL IN ONE / SDM/MMC/CF
CASING : COOLER MASTER HAF932


Gambar secara keseluruhan


Brand Cooler Master

4 USB 2.0, 1 firewire, 1 eSATA dan Line IN/OUT

Slot untuk USB All in One..

Pandangan dari bawah


Mainboard XFX AMD 750a SLI nForce. Dah xde jual kt pasaran. Ramai org carik board ni sbb perfomance die pun blh tahan.



Cooler Master V8



Just masukkan hardisk n click. X perlu guna screw driver.


Penutup Casing transparent

Logo HAF. Fungsi kipas sisi utk kasik sejuk itu mainboard.


1 slot untuk hardisk 1TB
1 slot untuk hardisk 620GB

DVD Slot. Xyah skru just tekan punat cooler master dan tekan skali lg utk kunci "Kliking!"

Untuk hiburan sahaja. Letakkan mouse saja dan "Click".

..

Google Search

Berapa kali blog ini dibuka..


Blog Archive