Masa yang terluang tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya adalah satu pembaziran! Bukan sekadar pembaziran, bahkan mereka termasuk dalam golongan orang2 yang rugi. Walhal mereka boleh melakukan banyak perkara lain yang lebih bermanfaat. Kebanyakan trader meluangkan banyak masa dihadapan chart masing2 setiap hari, tetapi akhirnya mereka tidak memperoleh apa2. Seringkali mereka menggunakan alasan menunggu peluang baik untuk melakukan jual/beli. Secara tidak sedar mereka telah menjadi ‘hamba’ kepada chart. Mereka tidak sanggup berjauhan seinci pun daripada monitor kerana takut terlepas peluang keemasan untuk melakukan jual/beli walaupun terpaksa kelaparan, tidak mandi, tidak tidur, berehat dan sebagainya. Malangnya, mereka tidak menyedari bahawa masa yang telah disia2kan lebih mahal nilainya daripada segala perbandingan. Oleh yang demikian, jadilah seorang trader yang berilmu agar ilmu terbabit dapat memimpin dan menunjuk jalan yang benar agar kita dapat menjadi sebagai seorang trader yang berjaya. InsyaAllah..
Posted by
ZAL PUTRAZ
0 comments:
Post a Comment