Windows 7 Kepada semua pengguna windows vista. Microsoft dah x publish lagi windows Vista. Microsoft sdh mengeluarkan produk yang terbaru iaitu windows 7. Dari pemerhatian aku, windows 7 ni lebih kurang sama je ngan windows vista. Tapi kepada mereka yang ingin menggunakan windows 7 jangan risau dengan perisian yang anda biasa guna di windows vista. Semua applikasi di windows vista serasi dengan windows 7. Driver (vista) juga tiada masalah. Tujuan sebenar windows 7 ini adalah untuk
1. "Improvement Performance" drpd kelemahan windows vista 2. Multi-touch support dan 3. Rekabentuk terbaru di taskbar (mcm taskbar kt linux redhat) 4. Jika anda pengguna sistem rangkaian di rumah dipanggil "HomeGroup"
Keperluan perkakasan Windows 7 yang paling minimum ialah :
Aku dah install windows 7 ni kt notebook Compaq Presario CQ45. Buat masa ni aku x jumpa bugs lagi. Dia punya loading windows pun lain (unik). Dari segi grafik mmg smooth (klu ada graphic card buid-in kt notebook). Bleh insert gadget kt desktop. Bila u all nak mencuba?
Aku peminat setia Grid nih. Klu tension2 aku main games ni. Bkn blh hilang sakit kepala tp bertambah pening n sakit2 bdn layan corner beb. Aku suka games ni sbb die lain drpd yg lain. X sama dengan Need for Speed Carbon. Dr segi rendering mmg power. Ciri2 seperti serpihan kaca, bumper tercabut, remuk, asap drpd tayar menampakkan games ni lebih real. Tp yg pasti games ni xleh running sbrg pc. Spesifikasi komputer seperti berikut :
CPU SPEC AMD Athlon X3 7750 Dual-Core Processor RAM 4GB Graphic Card Sapphire HD3870 512MB PCI-E 2.0 Cooler Master V8 Hardisk 640GB Power Supply 600watt Mainboard M2N-E AM Samsung DVD-RW
Kat sini aku nak guide u all mcmane nak install sound forge 9.0c skali ngan crack.
Cara Pertama double Klik kt ikon 90d_enu.exe dan akan memaparkan seperti message di bwh :
Sila klik butang next untuk installasi seterusnya..
Data akan di "Extract" ke folder temporary windows(sila abaikan msg ini-x penting pun). Selepas proses ini, akan memaparkan installasi seperti di bwh :
Memaparkan lokasi dimana program ini akan diinstall : C:\Program Files\ bla bla bla... Sila klik butang next untuk seterusnya..
Aggreement? Sila abaikan msg ini. Kita ni pengguna pirated. Sila klik butang next untuk seterusnya..
Verify Destination Path. Bahasa confirmation. Klu nak tukar lokasi installasi sila klik butang back. Klu setuju sila klik butang next untuk installasi seterusnya..
Sila tick pada "Install shortcut on the desktop. Sila klik butang "Install" untuk proses installasi. Prosesnya seperti dibwh:
Tunggu sampai habis install. Kemudian ia akan memaparkan msg seperti dibwh :
Sila Klik butang Finish. Data sound forge 9.0c sudah pun dimasukkan ke dlm program files. Step seterusnya...
Kemudian klik pada ikon folder patch>Keygen.exe
Pesanan : Jangan close keygen.exe ni. Klu anda close dan buka semula program keygen ini akan bertukar semula serial number dan activation key. Program ini mengambil serial number secara "random". Sila klik butang patch untuk crack semua files sound forge. Ia akan memaparkan seperti msg dibwh :
Sila allocate program anda ke dlm >program files>sony>Sound Forge 9.0 dan klik "OK"
Msg crack akan memaparkan seperti gambar diatas. Klu x kluar maknanya terdapat corrupted pada files keygen.exe atau anda salah allocate files td. Proses patch sedang dijalankan seperti diatas...
Anda berjaya patch/crack files sound forge 9.0!!. Msg akan memaparkan "The File(s) has been patched already!" Sila klik butang OK.
Aku bulatkan ikon sound forge 9.0 ni. Sila double klik pada ikon sound forge 9.0 kt desktop anda.
Buka program Keygen.exe kemudian "paste"kan Serial number kt kotak yang disediakan. Pastikan serial number bermula dengan 15H-XXXX. Klu bermula dengan 15T-XXX sah anda salah keygen tu (itu versi 9.0d).
Sila klik butang next untuk proses seterusnya..
Sila klik butang radio "Register from another computer". Sila klik butang next utk proses seterusnya..
Register Information. Sila masukkan ape2 je kt kotak kosong tu. Buat syarat je. Sila tick By providing this reg..bla bla bla kemudian klik butang next. Msg akan memaparkan seperti gambar dibwh :
Sila klik butang save untuk simpan ke dlm folder C.
Register from other computer sudah berjaya di simpan. Sila abaikan msg 4, 5 dan 6. Aku katakan skali lg kita ni pengguna perisian pirate. Sila klik butang next untuk activation code.
Sila copy activation code dr program keygen.exe td. Kemudian paste kan seperti gambar dibwh :
Sila klik butang Finish untuk activation code. Jika berjaya, ia akan memaparkan seperti gambar dibwh...loading...
Crack sudah berjaya! Ini versi never expired. Blh pakai bila2.
Sekian Selamat Mencoba!!...
Lucrative Audio Studio Lucrative Graphic Lucrative Technology
Masa yang terluang tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya adalah satu pembaziran!Bukan sekadar pembaziran, bahkan mereka termasuk dalam golongan orang2 yang rugi. Walhal mereka boleh melakukan banyak perkara lain yang lebih bermanfaat. Kebanyakan trader meluangkan banyak masa dihadapan chart masing2 setiap hari, tetapi akhirnya mereka tidak memperoleh apa2. Seringkali mereka menggunakan alasan menunggu peluang baik untuk melakukan jual/beli. Secara tidak sedar mereka telah menjadi ‘hamba’ kepada chart. Mereka tidak sanggup berjauhan seinci pun daripada monitor kerana takut terlepas peluang keemasan untuk melakukan jual/beli walaupun terpaksa kelaparan, tidak mandi, tidak tidur, berehat dan sebagainya. Malangnya, mereka tidak menyedari bahawa masa yang telah disia2kan lebih mahal nilainya daripada segala perbandingan. Oleh yang demikian, jadilah seorang trader yang berilmu agar ilmu terbabit dapat memimpin dan menunjuk jalan yang benar agar kita dapat menjadi sebagai seorang trader yang berjaya. InsyaAllah..
Keunikan pasaran Forex adalah ianya dibuka dan didagangkan selama 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Disebabkan itu, ia dikenali sebagai ‘lubuk’ wang oleh kebanyakan orang. Apa sahaja yang berkaitan dengan wang dan kekayaan pasti akan menarik minat kebanyakan orang. Ibarat seperti semut menjumpai gula. Maka muncul beribu-ribu trader baru yang ingin turut sama mengaut kekayaan daripada lubuk tersebut. Tanpa menyedari keupayaan dan kemampuan diri, masing-masing ingin mencuba ‘nasib’ untuk meraih kekayaan seperti yang heboh diperkataan oleh kebanyakan orang. Walhal, hakikat sebenarnya 95% trader sebenarnya adalah penyumbang kepada kekayaan tersebut (hilang modal), dan hanya 5% sahaja dikalangan trader yang berjaya (meraih keuntungan)!
Pelbagai strategi atau teknik telah dicipta bagi mengaut keuntungan daripada pasaran Forex. Ada yang menggunakan teknik perangkap seawal subuh dan ada pula yang menggunakan teknik matahari terbenam, ada yang menunggu sehingga pintu pejabat di London, New York dan Tokyo dibuka, dan ada yang menjenamakan teknik dengan menggunakan nama kereta sport, roket, dan bermacam-macam lagi yang kadang-kadang bunyinya amat melucukan! Segala strategi yang dicipta tersebut matlamatnya adalah satu iaitu untuk mengaut seberapa banyak keuntungan daripada pasaran Forex. Malangnya, tidak ramai yang mengambil peduli terhadap statistik 95/5 tersebut. Akhirnya 95% trader telah hilang modal kerana terjerat di dalam perangkap yang dipasang oleh mereka sendiri. Antara Mitos tentang kerjaya sebagai Trader: 1. Trader perlu hebat melakukan analisis. (Technical) Ulasan: Sebenarnya kita tidak perlu melakukan analisis keterlaluan sehingga menjadi seperti ahli nujum. Ada yang menconteng chart mereka sampai penuh, sehingga terlindung pergerakan price.
2. Trader perlu mengetahui perkembangan dunia setiap masa (Fundamental). Ulasan: Trader tidak perlu terpengaruh dengan berita yang disampai oleh media-media popular. Sebenarnya mereka sendiri adalah bukan ahli (trader) tetapi apa yang mereka lakukan adalah bisnes menjual maklumat dan pengiklanan.
3. Trader perlu mendapatkan nasihat pakar untuk berjaya. Ulasan: “You’re the expert on your own trade” begitulah ungkapan yang disebut oleh Dr Bill Williams iaitu pengasas Profitunity Trading Group. Anda sebenarnya adalah pakar, dan perlu tahu apa yang anda sendiri lakukan serta inginkan. Kita tidak perlu untuk melanggan mana-mana analisis atau signal yang ditawarkan oleh pihak yang mengaku profesional bagi membolehkan kita menjadi seorang trader berjaya. Walhal kita sendiri seharusnya mampu melakukan analisis dan mendapatkan signal berdasarkan ilmu yang kita kuasai.
Kesimpulan: Marilah kita sama-sama tingkatkan ilmu pengetahuan serta mengamalkan tingkahlaku positif (sikap).
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Harvard University; 80% kejayaan ditentukan oleh Sikap Manakala hanya 20% kejayaan disebabkan oleh Bakat.
Antara fakta atau tips yang boleh dikongsikan di sini ialah :
1-Jangan abaikan TIGA perkara utamajika ingin berjaya dalam perniagaan ini iaitu mempunyan Pelan Dagangan yang kita yakini dan fahami, mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi dan melakukan pengurusan wang dengan berhemah jika ingin bertahan lama dan meningkatkan jumlah akaun.
2-Trader FX bukan hanya melibatkan sistem atau kecanggihan Pelan Dagangan semata-mata tetapi pengurusan diri kita sebagai pedagang seperti tahap kesihatan, pemakanan, kerohanian, motivasi diri dan sebagainya yang melibatkan diri kita sendiri. Peringkat awal memang kita banyak masa dihabiskan untuk mengkaji sesuatu sistem urus niaga tetapi selepas itu jangan abaikan langsung tentang penjagaan diri kita sendiri yang bertanggungjawab untuk menguruskan sistem tersebut.
3-Ilmu sudah ada dalam diri cuma pandangan kita dikaburioleh masalah dalaman diri sendiri atau pun "underlying structure" diri kita sebagai pedagang seperti kekuatan emosi, mental, disiplin dan sebagainya.Seperti yang terkandung dalam buku Trading Chaos, kita kenali diri kita sebenarnya, barulah kita wajar mengenali pasaran atau sistem yang kita ingin kuasai. Antara kita memang berbeza pemahaman dan pengalaman, walaupun sama-sama menggunakan sistem yang sama. Itu bukan persoalannya, yang penting bagaimana kita nak sesuaikan sistem tersebut dengan kemampuan diri kita sendiri.
4-Rajin-rajinlah untuk membaca apa-apa bahan berkaitan seperti buku atau ebook berkaitan pelan dagangan yang kita gunakan dan juga buku-buku ilmiah yang lain seperti bahan bacaan keagamaan dan motivasi diri. Walaupun nampak tiada kaitan dengan Forex tetapi ia akan memberi sesuatu inspirasi kepada kita.
5-Sebagai pedagang forex juga, dicadangkan kita mempunyai rakan-rakanatau kumpulan yang boleh kita kongsikan tentang pelan dagangan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia urus niaga ini. Adakalanya kita akan menjadi manusia yang keliru atau putus asa kerana kegagalan urus niaga. Tugas rakan-rakan ialah untuk memberi sokongan untuk kekuatan semangat kita.
6-Kita juga perlu sedar untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun ia bukanlah mudah dan menggunakan jalan pintas. Oleh itu, kita mulakan dari satu langkah ke satu langkah yang lain mengikut urutannya. Ini juga dapat mengatasi sikap tamak dalam diri dan dapat elakkan sikap terlalu yakin dan boleh menyebabkan kita tergolek dalam urus niaga.
7-Setiap klik 'entry' , kita perlu analisa terlebih dahulu sama ada ia bertepatan dengan 'setup' sistem urus niaga kita guna. Di sinilah kunci disiplin memainkan peranannya. Jika kita memaksa diri untuk 'entry position' bermakna kita sengaja menempah musibah kerana pasaran akan menunjukkan dirinya untuk kita berurus niaga atau duduk diam-diam.
8-Elakkkan diri untuk mengadap chart terlalu lamauntuk mencari titik 'entry' jika pasaran dalam situasi tidak mengizinkan dengan sistem yang kita gunakan.
9-Elakkan diri untuk masuk berurus niaga jika kita dalam kesibukan dengan tugasan lain. Ini akan mendatangkan mudarat kerana setiap posisi yang kita masuk memerlukan fokus yang sebaik-baiknya kerana setiap pips itu adalah wang kita.
10-Elakkan diri untuk masuk berurus niaga jika situasi emosi dan psikologi kita terganggu seperti terlalu letih,mengantuk, berselisih faham dengan seseorang atau dan sewaktu dengannya. Sepuluh perkara di atas adalah berdasarkan pengalaman yang dikutip oleh saya sepanjang menjadi pedagang forex ini. Walaupun masih belajar untuk berdagang, diharapkan dengan panduan di atas, kita sama-sama sukses dalam perniagaan penuh warna ini.
Broker - Liteforex, etc. Platform - MT4, etc. Margin - margin cost, margin call, etc. Leverage - 1:100, 1:200, 1:500, etc. Pair - eur/usd (eu), gbp/usd (gu), gbp/jpy (gj), etc. Indicator - Moving Average, Support and Resistant (SAR), kuskus, dolly, etc. Expert Advisor - auto trading program Trading Strategy - scalping, hedge, multilot, trend follower, break out, etc. News - economic news, what moves the market and when, etc. Teori trading - fibo, correction, etc.
ilmu teori dan praktikal tak sama, apa yang kawan-kawan baca di ebook,blog atau sumber lain tu hanyalah sekadar menambah pengetahuan...ilmu dalam forex ni yang berguna bila kita menjalankan trade,belajar dari trade tu..bila profit cuba kita kaji kenapa kita profit...adakah kerana nasib,luck...atau indicator yang mapan atau skill,sence dan sebagainya,begitu juga bila loss...cuba kaji kenapa loss...kerana indi,kerana tamak,kerana tak berdisiplin.
Saya dulu pun belajar dari pelbagai ebook,menghadiri pelbagai kelas forex dan sumber-sumber lain....banyak juga duit habis beli ebook,masuk kelas forex....hakikatnya 80% dari yang saya baca di ebook dan kelas forex tak membantu trading langsung....semuanya sekadar bagitahu BASIC chart,leverage,pips,dan bla...bla..bla...
Pengalaman yang paling berharga adalah apabila kita berlatih di DEMO,di situ kita dapat mengasah ketajaman trade kita walau pun tak 100%.
Tak semestinya indi yang berharga ratusan ringgit tu bagus dan menjanjikan profit,ada orang yang guna simple sistem saja dah buat banyak banyak profit sedangkan yang beli indi beratus-ratus tu still loss.....
Indi ni tak semestinya sesuai untuk semua orang,apa yang penting adalah anda harus mencari dan belajar dari kesilapan anda sendiri.Jika cara anda dalam demo menghasilkan banyak profit maka dalam real akaun juga pasti begitu...yang penting disiplin dan jangan tamak...harus diingat "disiplin" itu sendiri merangkumi banyak perkara.
Aku pg kursus ni sponsor dr Syarikat Wise Aviation di bwh naungan MSC dan juga MDEC. Aku rase bersyukur dpt pg kursus ni sbb dpt kenal ramai kenalan. Mereka terdiri drpd Manager, Graphic Designer, Programmer (termasuk aku), pegawai(MIMOS) dan ada juga pensyarah drpd UMP pahang. Disini, aku blaja mcmane nak create Animasi 2D (ala mcm flash..) menggunakan ms silverlight. Pengajarnya ialah En. Daqing. Module sudah disediakan dlm bentul PDF. Kursus ni selama 3hari di Open University, MSC commercialization,
En. Fazliee (dkt ngan tingkap) dan juga En. Hazliee (yang pakai spec mata) -dr MIMOS
En. Daqing sedang mengajar module yang kelima
En. Azimat dari Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Bersama Lecturer IT En. Azimat(UMP)
Bergambar dengan En. Daqing (Trainer)
Huh! Ntbook Macbook yang aku carik2. Ini kepunyaan En. Azimat. Bukak 24jam pun x panas beb!
Pintu masuk dah nampak Logo NTDC.
Sempat bergambar sebelum balik.
Gambar sekali lagi dengan En. Azimat. Sempat lg aku hantar die sampai ke KLIA. Flight dia pkul 5.45ptg (29/04/09)
MSC Malaysia. Technology Commercialization Centre.
Aku nak cerita sket pasal hidup aku masa mula2 dulu ayah aku beli komputer x86.
Masa tu aku baru darjah 5. Mmg masa tu xtau langsung pasal komputer. PC x86 ngan printer dot matrix pada masa tu dah kira canggih dah. Asal aku print je satu taman bleh dengar eeettt!! eetttt!! apa blh buat.. . Nak pegang mouse pun tangan x bedung lg. Monitor 14inci. Pada masa tu aku baru nak berjinak2 dengan windows 95. Jenuh gak aku godek2. Puas aku explore sampai tkuar biji mata lh. Setting itu dan ini, sampai windows aku jadi kurap(Corrupted). Ayahku hantar ke klinik komputer untuk dibaiki. Aku renung apa technician tu buat. Aku perhatikan setiap satu die tekan. Dlm hati aku "Asal die tekan2 kt screen gelap nih?" x sampai satu jam pc dah siap. Balik umah aku blh pakai mcm biase. Tp aku tetap terfikir apa yang orang tu buat kt screen gelap? Kemudian aku klik ms-dos kt accessories tu. X sampai seminggu pc dah rosak (windows kurap). Huhuhu...penjahanam komputer btol la aku ni. Bising ayah aku pd masa tu.
Games kegemaran aku pada masa tu ialah games prince of persia. Setiap hari lepas blik sekolah mesti aku klik icon games ni. Seronoknyeee!... . Maklumlah pc x86 RAM 64MB EEPROM yang mampu generate game2 mcm ni.
Selain tu, game2 lain pun aku ada install guna disket. Aku pinjam kt kawan bernama Hafiz. Die mmg suka simpan koleksi games. Dia juga penternak virus dalam disket bersama2 dengan games. PC aku kurap sekali lg. Ayahku dah naik bosan bkn pasal kerap hantar ke kedai komputer tp bosan asyik kuar duit RM40 sebulan 2 kali. Untuk menyelesaikan masalah ni, ayahku hantar aku ke kursus membaikpulih komputer. Nama pengajar ialah En. Ngahdirin (kawan ayahku). Kelas die wat kt dalam rumah je. Dlm rumah die ada 12 biji komputer untuk kursus asas ni. CD installer xyah ckplh. Berderet2 disket ngan CD kt bwh tangga. Ckp je installer ape semua ada. Klu nak install windows 95 perlukan 4disket. Lotus note123 perlukan 5disket. Itu baru OS, blm lagi word perfect. Adoyaii..lecehnyeeee...
Pada masa tu nak format bkn perkara yang mudah. Mereka yang btol2 pakar baru leh wat bende2 format dan install driver nih. Jadi, kursus komputer en ngah ni mengajar aku asas membaikpulih sistem komputer. Dari hardware, MS-DOS, format & install driver hinggalah menjadi satu windows yang lengkap dengan software entertainment.
Mcm biase pc aku rosak sekali lagi. Kursus pun dah lepas. Bila aku format ade jgk part2 yang aku terkantoi. Selak2 blik buku pun still kantoi gak. Last2 aku bwk CPU naik moto terus pegi ke rumah en. ngahdirin. Mengigil bwk cpu yang berat sampai berbekas peha aku ha. Waktu tu mendung ujan mulai rintik2. Aku bergegas dan berdoa "Janganlah ujan sayang oiii..banjir cpu aku..." . Huhuhu akhirnya sampai gak ke destinasi. Aku bertanya mslh pc aku kt en ngah. Die mengeluh (dlm hati die klu nak ilmu tambah duit lee..heheh"-pd fikiran aku lh). Aku dah x kira dah, janji sedut ilmu. Ngeluh2 die bg gak extra ilmu kt aku. Alhamdulillah...berkat hingga ke sekarang. Itulah dinamakan pengorbanan atau "Sacrifice"..