THE JOURNEY OF ZALPUTRAZ

KOLEKSI DESIGN TAPEDIRI

Profit terkini. Buat masa ni aku makan pips kecik2 je sbb aku masih lg belajar teknik murrey math ni.

6 Win +1 Loss=13pips




Aku tgk pc ni dah berabuk dah 3 bln x service. Hmm risau gak karang tgh buat kerja terus shot akunye motherboard. Suhu Hardisk aku lak dah naik ke 49 darjah celcius. Tahap kritikal dah tu. So ape lg..aku tanggalkn semua komponen n buang semua habuk guna vakum portable dengan penuh berhati2. Jangan sentuh die punya papan litar sbb blh memberi kesan kpd prestasi pc di kemudian hari...


Yang ni nama die Processor AMD. Bkn jenama INTEL. Aku suke AMD ni sbb die processor memberi tumpuan sepenuhnya kepada graphic dan multimedia. Gilap abis2an. Aku pilih AMD Athlon X2 Black Edition 2.7 True Dual-Core Design, Clock Multiplier Control 3.0MB Total L2+L3 Cache Socket AMD2+. Sekarang market dah kuar AMD X4 wehhh..adoiii...x terkejar aku.


Mainboard Asus ni murah je. Model ni xde HDMI. Pada aku semua tu x penting. Yang penting board ni blh running semua program. Ikut bdgt dan kemampuan..huhuu..


RAM Cossair 4GB. Bleh wat 6keje satu masa. Yang ni aku service die punya gigi kt bawah tu kasik licin..


Yang ni socket SATA untuk kabel Hardisk, DVD ngan USB all in one..

Haa yang ni mmg jenuh nak buang habuk. Fungsi natang ni utk sejukkn processor atau nama glamournye Cooler. Hmm..lbh kurang stgh jam aku godek bende ni..mcmane nak bukak die punya kapla?. Nak je aku rendam dalam air. Rupenye ade skru kt atas tu ha. Nsb baik aku x buang die punya tools kt dlm kotak V8 ni..


Yang ni sgt penting dlm hidup aku. Klu xde bende ni nak main games kaa..wat graphic design kaa mmg hancus. Bende ni mmg aku jaga baik. Sapphire HD 3870 support ATI Cross Fire X. 3..8..7..0 tu ade maksud yang tersendiri. Klu kt market contohnya 4870 harganye blh cecah RM600. Sbb ade nombor 8 tu mesti ade rahsia di sblik graphic card. Korang try beli n testing kt games mesti ada perbezaan dgn yg xde nombor 8..


Mula2 aku boring btol cuti 2 minggu kena demam chicken pox. Kali ke-2 aku kne demam ni. Jam 2 ptg aku bangun drpd tido. Berehat maklumlah badan x berapa sihat. Masuk dah minggu ke-2 dah ni cuti. Buat kerja itu ini kt rumah pun x kena. Last2 aku ambik keputusan keluar daripada rumah selepas jam 4.00ptg terus ke bagan lalang dengan kamera slr 40D. Nak ajak Faroq die tgh sibuk keje. Hmm..ahh selamba je lh..

Sampai kt sana buat muke selamber je. Biarlh orang nak kata ape. Janji aku puas hati. Ingat aku sorang je bawak kamera SLR ni. Rupenye ade 3 orang bawa kamera SLR. Perhh lens power2 plak tu. Sorang tu Amoi, sorang lg mmg photographer tgh ambik gambo india kawin dgn seekor kuda padi. Yang sorang lagi dok diam2 duduk kt bawah pokok ngan family. So aku xdelh rase segan sgt sbb ade orang yg guna SLR ni. Selepas aku ambik gambo kt tepi pantai tu..aku dah rasa boring dah. Ah pegilh tempat lain. So aku pun pegi tempat lokasi hujung dekat ngan restoran bagan lalang. Siap kuarkn stand kamera supaya gambar lebih cantik dan menarik. Dah siap pasang n laaaa...ade satu barang miss tertinggal kt umah. Angin satu badan dibuatnye. Nak letak kamera mcmane klu xde natang tu. Hmm last2 aku simpan blik ngan kamera tu kt dlm kete. Balik jelh. Tension..tension..

Perjalanan kuar ke bagan lalang aku terperasan satu lorong kecik. Hmm try masuk kot2 ade tempat yang menarik yg aku blh shoot. Perjalanan dalam 1 kilometer la. Ada satu muara sungai laluan ke laut. Ramai gak yang memancing kt situ. Aku siap interview sorang demi sorang si pemancing nih. Ade yg dari tengahari mancing dpt ikan 2 ekor je. Joran punya banyak sampai 6 joran. Hmm mungkin xde rejeki la tu kot. So aku pun pegi tempat yg ramai org mancing. Abg2 ni siap tegur demam chickken pox aku nih. Segan aku dibuatnye. Tp x sempat aku nak shoot gambo diaorg ni sbb masa x mengizinkan..takut x sempat nak buka puasa. Xpelh janji aku dah shoot gambo pantai bagan lalang..

Gambar Original

Teknik Contrast Color Range

Teknik Tonal Contrast

Gambar Original

Teknik Indian Summer

Teknik Reflector

Teknik SoftGold


Teknik Tonal Contrast


Garisan 1/8 (Lemah, tidak terkawal dan berpatah balik)

Pada garisan ini adalah sangat lemah. Harga turun kebawah ke garisan ini adalah sangat drastik dan jika harga di paras ini kebiasaannya tidak tentu arah kemudian harga akan berpatah balik ke atas dengan sangat drastik. Jika harga tidak berpatah balik pada garisan ini, ia akan turun sehingga 0/8.

Garisan 3/8 (Dibawah aliran trend)

Jika harga di bawah paras garisan ini dan naik ke atas, ia sangat mudah untuk melintasinya. Jika ia melintasi, ia akan naik ke garisan ini dan mengambil masa 10 hingga 12 hari kemudian harga akan menunggu di atas garisan ini dalam 40% dan mengambil masa antara garisan ini dan garisan 5/8.

Garisan 4/8 (Major Support dan Resistance)

Garisan ini menyediakan jumlah yang sangat baik dalam support dan resistance. Garisan ini adalah yang terbaik untuk support apabila harga berada di atasnya dan juga terbaik resistance apabila harga berada di bawahnya. Harga di paras garisan ini adalah level terbaik untuk sell dan kemudian buy kembali

Garisan 5/8 (Di atas aliran Trend)

Harga dalam semua entiti akan mengambil 40% antara garisan 5/8 dan garisan 3/8. Jika harga naik ke atas ke garisan 5/8 dan akan menunggu 10 hingga 12hari, jika harga berada di atasnya dinamakan “premium area”. Jika dan bagaimanapun harga akan akan jatuh kebawah dan ia cenderung kepada support yang berada dibawah levelnya.

Garisan 6/8 dan 2/8 (Pivot, berpatah balik)

Terdapat dua garisan dan yang kedua sahaja ke garisan 4/8 dan berpotensi untuk harga berpatah balik. Harga akan bergerak ke atas dan ke bawah

Garisan 7/8 (Lemah, tidak terkawal dan berpatah balik)

Harga pada paras ini adalah sangat lemah. Jika harga terus naik keatas ia akan terus naik ke atas dengan drastik dan jika harga turun ke bawah daripada garisan ini ia akan berpatah balik juga dengan drastik. Jika harga mengikut arah tuju(trend) pada garisan ini, ia boleh naik ke garisan 8/8

Garisan 8/8 dan 0/8 (Kemuncak Resistance)

Pada garisan ini harga adalah sangat tidak tentu arah apabila berada di atasnya dan adalah terbaik untuk support untuk turun ke bawah.

Diterjemahkan oleh : Aku

Original version : http://codebase.mql4.com/4868

Untuk hiburan sahaja. Letakkan mouse saja dan "Click".

..

Google Search

Berapa kali blog ini dibuka..


Blog Archive