Sekarang ni aku tgh asah bakat semulajadi yang telah lama aku tinggalkan. Sekarang ni aku cuba belajar buat storyboard untuk majlis perkahwinan. Bermula dari gambar aku n then baru blh buat utk customer.
KAWAN DAN SAHABAT
Dalam hidup aku, kawan dan juga sahabat terlalu banyak perbezaan. Kita boleh berkawan dengan semua orang tapi berbeza dengan sahabat handai. Seorang sahabat sentiasa membantu x kisah dari segi/sudut sekali pun. Yang penting sahabat ini ikhlas (bkn bermaksud mempergunakan kawan utk kepentingan sendiri). Bila aku renung...nak menangis pun ada. Seorang sahabat yang masa dahulunya sentiasa bersama aku. Masa senang dan susah. Begitu juga dgn aku. Sentiasa membantu sahabat sepertimana dia membantu aku...semua itu "Ikhlas..."
SAHABAT DI MANAKAH DIKAU?
Kebanyakkan kawan hari2 nampak. Hari2 jumpa. Kadang2 bleh jadi musuh ketat. Tapi aku kata dalam hati "Seribu sahabat belumlh cukup...tapi dengan 1 musuh ia sudah terlalu banyak". Jadi aku berkawan jelh ngan semua orang. Aku x pernah mengeluarkan kata2 kasar (klu ada aku mintak maaf ngan diaorng-no buddy perfect). Tapi mereka selalu mengeluarkan kata2 kasar terhadapku. Aku tahu kelemahanku. Klu diaorg marah...aku diam je. Tak berkata apa-apa pun. Mmg aku jenis mcm tu. Klu nak bergaduh mengigil seluruh badanku. Aku hanya boleh berdoa..dan berdoa....
Aku tidak sehebat mereka..tapi aku tidaklh selemah yang disangkakan....
Dimana aku pergi mesti ada kawan yang boleh dijadikan sahabat. Bersyukur kpd Allah s.w.t kerana mereka ni selalu membantuku untuk muhasabah diri. Dulu aku ni panas baran. Tapi dengan sahabat..banyak membantuku erti kesabaran. Di kolej pun ada seorang sahabat (masa sijil dulu nama die Zul dan masa aku diploma seorang sahabat ni nama die Khairul amin)...di tempat keje aku dulu -MAS subang- pun ada sahabat (Fadly nama die-kacukkan mamak) Tp mereka ni x kekal bersamaku. Masing-masing ada matlamat hidup....
**Sekarang ni aku ada sahabat..adli(pakar forex) dan abg azahari(Kaunseling & motivasi)..
Fadly (No 2 dari kiri). Die ni kaya tapi low profil. Boring hidup senang katanya.. . Pegi keje pun naik bas. Respect...
Zul (Kiri). Die ni pernah putus cinta. Aku jugak jadi kaunseling..
GURAUAN ATAU CARI PASAL?
Semalam ada seorang kawan aku ni bergurau (satu tmpt keje gak). Aku pun x fhm die ni gurau ke cari pasal? Aku hanya berdiam diri je. Malas nak layan. Cara die gurau pun mmg kurang ajar. Tapi aku muhasabah diri..."Lagi ramai suka kita..begitu juga lagi ramai x suka dengan kita". So terima jelh teguran mereka tu walaupun dalam bentuk gurauan yang kasar. Klu disimpan jadi dendam. X elok tu. Ada satu pesanan cikguku...
"Jangan banyak bercakap dan gelak ketawa..ckp bila perlu sahaja. Sbb jika kita banyak bercakap maka banyaklh ckp benda2 jahat"
"Jadilah seorang profesional iaitu terima teguran dengan hati yang terbuka. Ingatlah ulat itu datangnya daripada sutera yang halus..."
"Nak tahu kelemahan seseorang bertanyalh kepada musuhnya..klu nak tahu kebaikannya bertanyalh sahabat handainya..klu korang tanye sahabatnya tentang keburukan mmg cari nahas."
Sekian...
Pengalaman seluar koyak
Selepas seminggu Mydin Mart Nilai telefon aku dan memberitahu interview kali kedua di MYDIN Subang. Adoyai kena g sana pulak. Keje punya pasal aku pergi gak ngan ayah aku. Mmm sesat tak jumpa jalan. Aku berhenti di stesen minyak pentronas(dah sampai subang) n kluar drpd kereta...n...KRAKKK!!!! koyak seluar celah kelengkang aku. ADOYAI....bising ayah aku time tu. Nak interview seluar koyak mcmane ni? Nak g beli mmg tak sempat. Aku cadang tukar seluar ngan ayahku. Ayahku tak setuju sebab tak saiz ngan pinggang aku. Dan akhirnya sampai jugak ke destinasi (MYDIN Subang (Gudang terbesar MYDIN)). Dengan selamba....
Aku pun masuk ke bilik interview dengan sopan santun. Duduk pun mcm perempuan. Nak buat mcmane...seluar koyak. Payah ni. Tapi yang peliknya aku sorang je yang interview IT Assistant. Mane yang lain? Tak mencabar langsung (Chewahh..). Dalam hati diaorang ni datang lambat sket kot (hehehe..). Orang interview aku tu tak banyak soalan.
MR. XXX : "Apa tu jumper?"
AKU : "JUMPER tu terletak kt belakang hardisk untuk primary dan secondary. Bukan tu saja, kt motherboard pun ada jumper untuk reset BIOS n bla..bla..bla.."
MR.XXX : "Oh u tahu semua psl komputer. I mmg confirm nak ambik u. So bila boleh bekerja?"
AKU : "Immediately tuan..."
Mane taknye satu soalan aku huraikan panjang lebar. So keputusannya mmg aku dapat bekerja di Mydin Mart Nilai. Huh seronok dan rasa puas hati walaupun seluar koyak membuatkn aku tak selesa. Nak tergelak pun ada. huhuhu....kenangan..kenangan..
Bekerja di Mydin Mart, Nilai
Dengan secara rasminya pembukaan Mydin Mart Nilai oleh Sir Malik di Stesen Terminal Pekan Nilai (berdekatan ngan komuter Nilai). Aku sertai sekali masa tu. Tugas aku just pantau mesin kaunter jika berlaku sebarang kerosakan(ADHOC). Ape2hal aku kenal kan gambar kt bawah ni Bos aku..
Terima kasih jasanya terhadap aku. Banyak gak aku belajar dari dia ni. Ade satu email yang aku tak dpt lupakan..:
Kepada En. Nizam, salam kemaafan..
SUBJEK:MEMOHON MAAF ATAS KESILAPAN LALU
Seperti nama saya di atas, ingin memohon maaf atas
kesilapan saya yang lalu. Saya telah gagal mematuhi
arahan yang merangkumi segala aspek kerja dan juga
disiplin. Di sini, saya sedar, arahan manager amat
penting dan perlu peka, walaupun dibebani dengan kerja
lain. Keutamaan manager perlu dilakukan terlebih
dahulu bak kata orang putih "do..1st Priority to
success". Dengan ini, saya berjanji tidak akan
mengulangi perbuatan seperti yang sedia maklum. Saya
bersedia menerima segala teguran dengan hati yang
terbuka.
Saya harap En. Nizam menerima permohonan maaf saya
ini.
TERIMA KASIH,
IT RIZAL
MYDIN MART NILAI (MNL)
LUCRATIVE BASE SDN BHD
dan email kedua yang aku tak dapat lupakan...huhuhu..
our task according to priority 1, 2 then 3.
Sejak daripada ni, aku kerja ikut priority. Ape yang bos suruh buat aku utamakan terlebih dahulu walaupun aku ada kerja lain. En. Nizam banyak mengajar aku erti disiplin dan keutamaan kerja. Masa tu dalam hati aku.."MYDIN DAN SELAMANYA...."
Alkisah jodoh...
Akhirnya aku ushar-ushar die kt customer service. Aku betol2 minat kt die ni. Asal selisih ngan die mesti jantung aku berdebar. Entah ler. Waktu tu mmg aku tgh mencari pengganti utk aweks lama. Apakan daya aweks lama (dah couple 3 thn) dah lama aku sabar untuk clash. Aku cuba dapatkan liyana ni. Last skali aku dpt gak keluar makan tengahari ngan die ni..YESS!! YESS!!!
Sempat gak aku bagi sekeping kertas (aku print) .."TANPA KEBERANIAN CINTA TIDAK BERMAKNA..TERPULANG PADA DIRI UNTUK MENERIMA.." huh gentle tak gentle aku nih. Tapi mase sembang-sembang kt kedai makan die kate dah ada pakwe. Adoyaii...terlepas aku. Aku pun kate dah ade makwe. Masing-masing dah ada pasangan rupenye. Apa bleh buat...hmmm...
Balik keje mlm tu aku cuba dapatkn nombor phone die. Sekali aku mintak..4 nombor phone die bagi aku (no phone abah, mak, phone umah dan nombor handphone die). Wahh dlm fikiran aku ade peluang baik nak ngurat die ni. Aku try telephone keesokkan mlmnya. Confirm mmg die suka kt aku. Tapi berbelah bahagi. Aku cuba buat appointment g pantai Port Dickson untuk bincangkan perkara ni. Di pendekkan cerita akhirnya die setuju (tp belum bg kata putus..ari jumaat ni die akan bagi kata putus) ....KAWIN YAHOOO!!..
Keesokkan harinya selepas makan tengahari...aku terhantar message kt ayah liyana dan messagenya berbunyi begini... : "Askum pakcik..saya ikhlas minat kt anak pakcik. Kalau boleh nak minang anak pakcik." . Adoyai..berani melampau aku nih. Dah anta..n aku nak tarik balik message tu dah x boleh. Dalam fikiran betol ke aku buat ni dan apa aku boleh buat.. tunggu je lah respone ayah die. X balas-balas pun. Mmm..risau aku dibuatnye. Rupenye, Liyana blik drpd kerja terus disoal oleh ngan mak die.
Mak : "Siapa nama rizal hantar message kat abah ni? "
Liyana : "Mane mak. Biar along baca."
Lepas dah baca...
Liyana : "Haa!! Besok along jumpa abg rizal..eiiii"
Besoknya die tanye aku psl message yang aku hantar. Aku kate dah terhantar nak buat mcmane. Nak tarikh balik dah terlambat. Bukan mcm pos laju boleh batalkan penghantaran. Pos udara n siung......laju je (hehehe). So dengar jelh die berleter. Maklumlah tengah bercinta..masuk tinga kiri kuar tinga kanan..
Sudah pun masuk hari jumaat. Aku tunggu gak kata putus die nih. Mase tu tgh siap2 pergi sembahyang jumaat. Bila aku kuar drpd mydin, aku selisih ngan die. Katanya "KUMPUL DUIT BANYAK-BANYAK". Aku punya suka x terkata. Tiba-tiba Kak Sal (HR) sergah aku. Malu kitaorang dibuatnya. Aku pergi sembahyang jumaat pun tak khusyuk. Terngiang-nginag suara liyana. Bila solat senyummmm je... ape buang tebiat ke aku nih? huhuhu...
Gambar Koleksi di Mydin Mart, Nilai
Apa pemerhatian aku hari ini dengan menggunakan indi mp2009 dan indi sokongan sma 200, ringkasannya ialah
Harga paras terendah di support 1 sebanyak 2 kali, kemudian pergerakan harga terus naik ke atas(uptrend) dan mencecah sma 200. Peratus kenaikan harga pasaran ke paras tertinggi resistance 2 adalah tinggi iaitu sebanyak 80%.
Harga minyak pada saat ini ialah 0.35% iaitu 70.82usd per barrel (minyak naik balik drpd 69usd). Mari kita lihat pergerakan harga selepas jam 5ptg. Aku lock pips sbyk 50 dengan menggunakan AFX trailling. Insyallah..
Semalam (8/06/09) aku trade dari kol 4.30ptg hingga 2pagi sebanyak 4kali aku open position dan pips yang terkumpul ialah sebanyak 40pips iaitu 10pips setiap position. Chart eurusd menunjukkan di awal trend sdh terbentuk (Uptrend) pada indikator TW HA timeframe 4hour. Begitu juga dengan TW WHA928 5a sdh menunjukkan uptrend. So aku ambik keputusan untuk buy kt price 1.3907 set tp 10pips dan SL 50pips. Beberapa indikator yang aku gunakan utk kenal pasti trend ialah :
Indikator :
1. MP2009
2.AFX Trailling (untuk set auto tp dan sl)
3. Engle Eye Panca Breakout
Selepas jam 9.00pagi (09/06/09) inilah keputusannya :
Profit 4kali position 10pips setiap position, terkumpul 40pips. Bestt!.. semua ikut rules. Just follow the rules, love the rules n don't break the rules.