THE JOURNEY OF ZALPUTRAZ

KOLEKSI DESIGN TAPEDIRI




Keunikan pasaran Forex adalah ianya dibuka dan didagangkan selama 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Disebabkan itu, ia dikenali sebagai ‘lubuk’ wang oleh kebanyakan orang. Apa sahaja yang berkaitan dengan wang dan kekayaan pasti akan menarik minat kebanyakan orang. Ibarat seperti semut menjumpai gula. Maka muncul beribu-ribu trader baru yang ingin turut sama mengaut kekayaan daripada lubuk tersebut. Tanpa menyedari keupayaan dan kemampuan diri, masing-masing ingin mencuba ‘nasib’ untuk meraih kekayaan seperti yang heboh diperkataan oleh kebanyakan orang. Walhal, hakikat sebenarnya 95% trader sebenarnya adalah penyumbang kepada kekayaan tersebut (hilang modal), dan hanya 5% sahaja dikalangan trader yang berjaya (meraih keuntungan)!

Pelbagai strategi atau teknik telah dicipta bagi mengaut keuntungan daripada pasaran Forex. Ada yang menggunakan teknik perangkap seawal subuh dan ada pula yang menggunakan teknik matahari terbenam, ada yang menunggu sehingga pintu pejabat di London, New York dan Tokyo dibuka, dan ada yang menjenamakan teknik dengan menggunakan nama kereta sport, roket, dan bermacam-macam lagi yang kadang-kadang bunyinya amat melucukan! Segala strategi yang dicipta tersebut matlamatnya adalah satu iaitu untuk mengaut seberapa banyak keuntungan daripada pasaran Forex. Malangnya, tidak ramai yang mengambil peduli terhadap statistik 95/5 tersebut. Akhirnya 95% trader telah hilang modal kerana terjerat di dalam perangkap yang dipasang oleh mereka sendiri.

Antara Mitos tentang kerjaya sebagai Trader:

1. Trader perlu hebat melakukan analisis. (Technical)
Ulasan: Sebenarnya kita tidak perlu melakukan analisis keterlaluan sehingga menjadi seperti ahli nujum. Ada yang menconteng chart mereka sampai penuh, sehingga terlindung pergerakan price.

2. Trader perlu mengetahui perkembangan dunia setiap masa (Fundamental).
Ulasan: Trader tidak perlu terpengaruh dengan berita yang disampai oleh media-media popular. Sebenarnya mereka sendiri adalah bukan ahli (trader) tetapi apa yang mereka lakukan adalah bisnes menjual maklumat dan pengiklanan.

3. Trader perlu mendapatkan nasihat pakar untuk berjaya.
Ulasan: “You’re the expert on your own trade” begitulah ungkapan yang disebut oleh Dr Bill Williams iaitu pengasas Profitunity Trading Group. Anda sebenarnya adalah pakar, dan perlu tahu apa yang anda sendiri lakukan serta inginkan.
Kita tidak perlu untuk melanggan mana-mana analisis atau signal yang ditawarkan oleh pihak yang mengaku profesional bagi membolehkan kita menjadi seorang trader berjaya. Walhal kita sendiri seharusnya mampu melakukan analisis dan mendapatkan signal berdasarkan ilmu yang kita kuasai.

Kesimpulan:
Marilah kita sama-sama tingkatkan ilmu pengetahuan serta mengamalkan tingkahlaku positif (sikap).

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Harvard University;
80% kejayaan ditentukan oleh Sikap
Manakala hanya 20% kejayaan disebabkan oleh Bakat.

0 comments:

Untuk hiburan sahaja. Letakkan mouse saja dan "Click".

..

Google Search

Berapa kali blog ini dibuka..