THE JOURNEY OF ZALPUTRAZ

KOLEKSI DESIGN TAPEDIRI

Tersebut alkisah aku terdengar ada rumah nak dilelong kt area taman aku ni (desa anggerik). Kt mane? berape rege? no rumah? selesa ke? retak? anai2? semua2 tu perlu diambil kire. Sebenarnya bab2 rumah lelong ni ayah aku ni mmg hobi die. Asal ade rumah lelong je ayahku suruh beli. Duit mmg tgh x ada ni. Sediakan 10% dr harga rumah apetah lg. Rm8K? huh mengeluh aku mane nak cekau duit bbyk cmtu. Bagus katanya, murah dan berbaloi klu kne tempatnya. X rugi klu beli. Klu x dudukkn, bg orang sewa pun dah ckup bagus. Tp tulh org melayu kita, jgn jadi me"layu". X cuba xtau kan? blm ape2lg aku dah mengeluh psl duit.

So..aku merenung seketika. Mane nak cekau duit sampai RM9K? Kt sinilh kite perlu berbincang sesama suami isteri. Nak ke kite sewa rumah yg kita duduk ada skrg ni sampai 5thn? Yang untung tuan rumah, bkn kita. Psl umur plak makin lama makin meningkat. Bila umur meningkat pinjaman perumahan pun dah x dpt rege bln2 murah. Maka, kt sini aku dpt skt motivasi dan sokongan daripada ayah dan isteriku.

PINJAM DUIT

Terbukalh pintu hati aku utk cari rumah lelong ni. The latest kt kawasan area taman aku nih. Murah dlm RM84K je. Ape lg isteri aku call auction property ni nak confirmkn rumah tu. Mmg xde org lain just aku je org pertama bid rumah tu. Tp org tu dah bg tips, klu nak rumah tu kne tanggalkan poster lelong kt depan rumah tu. Klu x...ermm..ramailh yg nakkan rumah tu. Murah sape xnak kan. Tp aku berdegil...klu tarik poster ni mau agent2 ni x dpt carik makan. Bila masuk seminggu sblm lelong aku call skali lg auction property tu. Die kate ade org lain bid masuk ni total 2 orang lh katanya. Adoyai..xpe dua org je. Lepas tu aku hempas pulas korek harta karun kt rumah. Isteri aku plak pinjam kt kengkawan. Thks kepada semua yang membantu. Dptlh duit sebnyk RM9.5K. Alhamdulillah....yg penting aku ngan isteri berusaha..

BIDDING

Hari lelongan pun bermula. Aku, ayahku ngan isteriku menunggu kt luar bilik lelongan. Lelongan tu bertempat kt mahkamah seremban. Sempat lg aku g sarapan. Pada jam 11:00am lelongan pun bermula. Ramai x ramai ade la dlm 20 org nakkan rumah tu. Perhh! tekejut aku dibuatnye. Yang daftar 2 org tp yg dtg masyaallah..sampai 20 lebih orang. Ade sorang berbangsa cina berjumpa ngan aku. Die nak bincang psl rumah lelong tu. Aku dah tau dah teknik cina ni. Die tanye brape u bid rumah tu? Aku ckp bid cecah sampai RM140K. Saje kasik goyang. Hehehe..pdhal x sampai pun RM100K pun. Itulah teknik ulat2 yang mengacau kita dalam bilik lelongan. Ape yg nak dibincang pun aku pun xtaulh. Die kate nak rumah tu. Aku pun nak jugak rumah tu. Ape yangnak dibincangkan? Hmmm...

En. Nasir (Auction property) pun menyebut perjanjian antara pembeli ngan penjual dan harga rizab. Bila En. Nasir sebut sekali bid naik RM5K oleh timbalan pendaftar, semua pembeli dah mula bising (!#$@#$&*&*). Mahalnya. Jadi harga rumah td naik drpd RM84K kpd RM90K. Aku hanya mampu sampai RM95K je. Bila disebutkan RM105K aduh! ade pulok yang setuju angkat tangan. Terlepas..terlepas. Bila disebutkan RM110K tiada yang setuju maka dom! dom! tukul mahkamah berbunyi, bermakna dpt kt akak tu dgn harga RM105K sold!. Aku x berapa mengharap sgt sbb yg datang tu pun berpuluh org nakkan rumah tu. So aku tahu peluang mesti tipis. Ape boleh buat...tunggu next lelongan lh jwbnye.

Balik aku terasa gak tensionn. So aku ngan wife ape lg..."Kita makan puas2 nak?" isteri aku kata jomm!...so aku lepaskan tension makan ulam byk2. Kasik cerdik. Dlm hati..aku akan wat improvement dlm diri aku psl rumah lelong ni. Mungkin idea aku kali ni x berkesan. Aku rasa tercabar. Tp kate org xde rezeki. Ye aku tahu semua tu. Tp mungkin ada ilmu hartanah yang perlu dipelajari. Dan..ayat yang paling aku pantang "Nak buat mcmane...". Mudah mengalah. Ape2pun wat preparation psl rumah lelongan ni. Belajar..n ..belajar..aku tetap setia menunggu lelongan seterusnya pada awal thn 2010.

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.."

Untuk hiburan sahaja. Letakkan mouse saja dan "Click".

..

Google Search

Berapa kali blog ini dibuka..